Masa Depan Air Di Malaysia; Air Kita.

Bagaimana sumber air kita sekarang?
Apakah masa depannya?

Saturday, 19 March 2011

Krisis Air......Mungkinkah Berulang?

Jawapannya sudah tentulah.....ada dakwaan mengatakan Selangor akan mengalami krisis air pada 2014...(pada masa akan datang...mungkin lima hingga sepuluh tahun lagi..)
Alangkah takutnya saya mengetahui akan berita ini.....bagaimana masa depan saya? Apa saya nak minum? Bagaimana nak menguruskan kehidupan dengan baik? Sekarang sungai pun belum tentu bersih....

  
Inilah sumber air kita....dan situasi begini semakin hari semakin meningkat....mampukah kita bertahan?



Sungai adalah permulaan kehidupan di muka bumi ini. Kerana sungai dan muaranya adalah sebagai penempatan tamadun awal manusia...Sungai Tigris,Sungai Nil dan Sungai Euphrates adalah sebagai bukti.
Perkara ini tidak berubah sehingga sekarang....yang berubahnya adalah sungai zaman bertamadun ini telah tercemar...
Pencemaran sungai boleh menyebabkan krisis air kerana kurangnya punca air bersih...(salah orang juga)
seperti yang terjadi di Johor baru baru ini....
Di Kota Tinggi, air parit yang keruh dan berkeladak yang mengalir ke sungai telah menyebabkan kemungkinan untuk 10,000 penduduk di lima pertempatan berdepan dengan masalah bekalan air putus.
Kerana apa?

Kerana penggalian parit sepanjang 3 km di kawasan tadahan hulu sungai dipercayai kerana pembukaan ladang kelapa sawit(kemungkinan diceroboh pihak tertentu) telah menyebabkan pencemaran yang teruk...
Pencemaran ini seterusnya menyebabkan loji rawatan tidak mampu menjalankan rawatan ke atas sungai tersebut....kandungan ammonia juga semakin tinggi(menyebabkan air yang boleh dirawat makin kurang).. kemarau juga menyebabkan jumlah air berkurangan....

Jadi itu semua menyebabkan krisis air berlaku di tempat tersebut... cuba anda berada di tempat mereka....tentu berasa susah hatikan? Hidup pun jadi tak tenang.....Jadi di sini kita boleh konklusikan bahawa tiada pencemaran tiada krisis....(senang saja..)..

Alternatif lain juga perlu diterokai seperti punca air bawah tanah....
Tapi yang pentingnya Malaysia sekarang memerlukan pengurusan air berdaya maju sebagai antara langkah mengatasi krisis air.....

Kesilapan lalu ;
- Krisis air di Lembah Klang 1998, catuan dijalankan selama 6 bulan terhadap hampir dua juta penduduk(satu tempoh yang agak lama, merana dibuatnya)
- Melaka mengalami krisis air terburuk dalam sejarahnya apabila Empangan Durian Tunggal yang menjadi punca bekalan air kering akibat kemarau panjang pada tahun 1991.

Jadi saya terangkan faktor faktor yang boleh menyebabkan krisis air ;

- Peningkatan populasi manusia (menyebabkan kuantiti air bersih berkurangan)
- Perubahan iklim dunia
- Sumber air yang tercemar
- Kepesatan pembangunan

Kalau dikira semua faktor ini semua sangat berkait rapat antara satu sama lain...
Namun saya jelaskan disini..
Aspek utama krisis air adalah kerkurangan sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air....
Kita tidak pernah kepupusan sumber air..tapi kita semakin kepupusan sumber air yang boleh digunakan...
Disini golongan golongan yang berpengaruh perlu berbincang dan mengambil langkah yang drastik untuk mengatasi masalah ini..terutama pengusaha sektor perindustrian..


Terkejut saya apabila mengetahui masih ramai yang menganggap selagi masih ada laut dan sungai, manusia takkan mengalami krisis air......

"Selagi air di laut dan sungai ada lagi, kita selamat,tenang saja"

Anggapan itu adalah salah.....proses menukar air masin ke air tawar menelan belanja yang mahal...(kita kadang kadang bil air pun tak mampu nak bayar)

Pameran dan Persidangan Air Asia Pasifik 2011 juga telah berlangsung bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang untuk menangani masalah dan isu isu berkaitan air seperti;
- cabaran perubahan iklim
- pengurusan air
-masalah alam sekitar (pencemaran)
dengan tema pada tahun ini "Pendekatan Air Secara Kolektif"
Program ini adalah anjuran Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN)..

Sesungguhnya ini adalah langkah yang bijak....jangan apabila sudah atau hampir dengan krisi air baru kita hendak bertindak....ketika itu semuanya sudah terlambat....Fikir fikirkanlah...

Thursday, 17 March 2011

Bagaimana cara menangani isu air dengan bijak?....(Jimat air)

Bagaimana  caranya? ini adalah seruan Perdana Menteri kita supaya bekalan air untuk generasi akan datang mencukupi.....(petikan suratkhabar Utusan Malaysia,13 Mac 2011)
Perdana Menteri juga berkata, dalam hal air ini ada tiga isu dan cabaran berkaitan air ini ;

-Air lebih yang menyebabkan banjir...
-Air kurang yang menyebabkan kemarau......
-Air tercemar

Jadi apakah caranya untuk menangani cabaran cabaran ini?
Kerajaan telah menubuhkan Dasar Sumber Air Negara dan institusi air negara dan negeri sebagai langkah untuk menguruskan sumber air dengan lebih efektif.
Untuk  pengetahuan pembaca.....

-22 Mac yang  adalah Hari Air Sedunia....dengan tema "Water for Cities, Responding to The Urban Challenge"(Air Untuk Bandar : Keperluan Dan Cabaran)
-Taburan hujan tahunan di negara kita yang sejahtera ini adalah 3000 milimeter setahun (banyak tu..)
tapi masih ada berberapa tempat yang kekurangan bekalan air...(pelik jugak...)

Bagaimana dengan diri kita pula? Apa kita boleh buat?  Kita boleh jimatkan air!

- Jangan membazir air.....kalau ada anak anak pantau mereka semasa mandi.kerana biasanya kanak kanak ini mesti nak main air dan ini dah membazir (antara punca kenapa bil air tinggi).....
- Berus gigi ke,cuci muka tutup paip.....paling bergaya bagus guna air dalam bekas...jimat!
- Jangan sesekali pandang rendah kepada paip yang menitis kerana dalam setahun kalau dibiarkan macam itu kuantitinya bersamaan tangki lori SYABAS yang bawa air tu.....rugi...(bayangkan duit terbang)
oleh itu, cepat cepatlah baiki paip bocor kalau ada...
- Tak perlulah mandi lama lama..,nyanyi nyanyi tak payah (baik pergi pantai..)kurangkan masa mandi...terutama orang perempuan...
  Masa sabun badan tutuplah air pancuran....kalau buka pun untuk apa?...
- Ini antara yang perlu diamalkan...letaklah baldi berhampiran tempat "shower" anda ketika mandi...air yang lebih dalam baldi  itu boleh dibuat siram bunga....basuh tandas....
- Kalau nak siram pokok bunga , seeloknya kita buatlah tadahan air hujan....tapi jaga jaga nanti "benda" lain pula yang tumpang.......(nyamuk!)
- Dan pastikan semua paip ditutup rapat selepas digunakan...takut banjir pula rumah....kalau dah banjir kesannya menjadi makin banyak : perabot rosak,bil air naik...penat nak bersihkan rumah..semuanya berpunca daripada paip....(masa itulah nak menyesal...duit dah jalan..)
- Basuh baju biar sekali sumbat banyak....sebab sedikit atau banyak baju itu kuantiti air yang digunakan tetap sama.....konklusinya, lebih baik basuh sekali penuh terus.....air jimat,wang selamat,baju pun bersih...
- Ingat gunakan baldi ketika membasuh pinggan,kereta,siram pokok dan bunga....jangan guna air yang mengalir.....
- Pastikan juga anda membuat pemeriksaan seminggu sekali terhadap paip di rumah untuk mengelakkan kebocoran........(lagi kerap, lagi bagus)


Akibat paip bocor yang menimbulkan kepayahan......jadi periksalah selalu!   (Korang tengok ni, tak pasal pasal boleh berenang kat sini!)




Di atas serba sedikit tip yang saya boleh bagi......harap tip tersebut berguna kepada pembaca pembaca dan boleh menjadi panduan......tajuk kali ini sangat luas.....kalau saya sambung panjang sangatlah....tak terteroka saya..
Ingatlah juga pemeriksaan paip bocor amat membantu dalam mengelakkan pembaziran...

Wednesday, 16 March 2011

Sampah,bahan buangan dan air....lazat?

Mungkin tajuk di atas ini tak berberapa kena.....tapi saya harap tajuk ini dapatlah menarik perhatian pembaca....tertarik tak? (tertarikkan...kalau dah buka tertariklah tu.)
Bagi saya antara masalah air yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna air antaranya pencemaran air,bekalan air putus....
Tapi kali ini saya ingin terangkan serba sedikit tentang pencemaran air....ya...pencemaran..menakutkan...membahayakan....
Seperti yang saya pernah sebut..pencemaran ini berpunca daripada kita juga, kerana kita yang buang sampah...dan sebahagian besar sampah sampah yang kita buang perginya kemana?(teka teki!)
ke sungai.....SUNGAI!...SUNGAI!...dan sungai pula adalah sumber air kita......
Menurut kajian, 70% masalah pencemaran air di Malaysia adalah berpunca daripada pembuangan sampah sarap dan kumbahan....
Ini bermula dengan kesedaran sivik dalam diri diri masing...
Dalam situasi yang saya lihat di Malaysia ini, saya rasa kita lebih ke arah berpandukan peribahasa Melayu
"Sudah terhantuk baru terngadah"....
Berdasarkan maklumat yang saya dapat, 29 buah sungai tercemar teruk,11 dalam kategori tercemar sederhana, dan 80 dalam keadaan terkawal...(setakat 2008, sekarang ni macam mana ye?).dan antara negeri negeri yang mengalami masalah pencemaran air paling tinggi adalah Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Kita tidak pernah mengalami kepupusan sumber air, tetapi kita kekurangan sumber air yang selamat untuk digunakan manusia dan ini dapat dilihat dengan masalah pencemaran air yang semakin ketara dari semasa ke semasa....dan agak membimbangkan sehingga kini masih  tiada lagi jalan penyelesaian yang benar benar berkesan untuk menangani masalah pencemaran air ini.....
Ada tak muncul rasa risau hatta sebesar zarah dalam diri pembaca pembaca sekalian?
Pernah terjadi dahulu tragedi air paip berbau busuk seperti najis di berberapa daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan....
Hasil siasatan mendapati semuanya berpunca  daripada air daripada pusat perlupusan sampah yang mengalirkan air sampah yang mengandungi kandungan ammonia yang cukup tinggi....
Air itu menjadi busuk kerana hasil kombinasi ammonia dan klorin yang digunakan untuk merawat air.....
Walaubagaimanapun, kerajaan memberi jaminan bahawa air tersebut bersih dan tidak tercemar......
Tapi.....kalau dah bau macam haram jadah, bersih ke tak bersih  sanggup ke korang minum?
Contoh: korang bayangkan air bawah ni tapis tapis sedikit, bancuh dengan klorin tapis lagi....lepas tu minum....dah keluar paip nampak bersih suci.....tapi cuba korang minum sambil tengok air dalam gambar ini dengan hakikat bahawa air yang diminum itu dengan air yang dalam gambar ini adalah air yang sama...tapi telah ditapis...(lantak la...layan...) Bayangkan..........(terliur dibuatnya....)
TERPERANGKAP ... Sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang, dihanyutkan ke sungai menyebabkan banjir kilat terutama apabila hujan lebat berterusan beberapa jam. Keadaan ini antara punca yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran air
Dikatakan juga punca air berbau tersebut berpunca dari pusat penternakan babi yang berhampiran yang melepaskan sisa sisanya..(geli pula aku nak sambung..)
Jadi sebenarnya punca punca pencemaran air ini tidak pernah tetap..(non point)....
Inilah antara punca puncanya....dan ini adalah punca punca yang terbesar...
Sekian, kita bertemu lagi dalam rancangan yang sama pada waktu yang sama di saluran yang sama di tempat yang sama.....Bye!

Tuesday, 15 March 2011

Air......

Dengan pemilihan tajuk ini, saya berasa bahawa saya telah memilih topik yang luas perspektifnya dan boleh dinilai dari mana mana aspek sekalipun....jadi ini sebuah tajuk yang bagi saya agak universal untuk dibincangkan.
Saya memilih untuk menulis blog ini dengan cara yang santai,rehat,tenang, dan tidak terlalu formal kerana saya yakin bahawa pembaca pembaca (termasuk saya) akan berasa ditekan-tekan, dipaksa-paksa, ketika membaca blog yang formal....antara contohnya, pada sayalah...apabila kita membaca sesuatu yang penulisan yang formal, kita akan cuba mencari isi isi penting(dah macam buat karangan lah pulak)dan lama lama kita mesti berasa bosan, jemu, lemau macam biskut yang lemau(bahasa kiasan).
Jadi saya terfikir, kalau saya buat separuh  formal, mungkin pembaca pembaca di luar sana tidaklah berasa bosan...
Lagipun blog pengguna adalah sebagai pembantu untuk menyedarkan kealpaan pengguna dan sebagai panduan pengguna jua...
Pada malam 14 Mac 2011, saya terbaca di Buletin Utama yang bersiaran di TV3, "Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air di rantau Asia - Peter Chin" begitulah lebih kurang bunyinya......
Saya berasa separuh terkejut....separuh saja kerana kalau saya lihat daripada persekitaran hidup masyarakat memang logiklah..
Jadi jauh kecil di sudut hati saya yang suci dan murni ini...terbitlah sekelumit rasa risau.....
tapi apakan daya....jadi prolog sampai disini sahaja....akhir kata....Renung renungkan dan selamat beramal!