Mungkin tajuk di atas ini tak berberapa kena.....tapi saya harap tajuk ini dapatlah menarik perhatian pembaca....tertarik tak? (tertarikkan...kalau dah buka tertariklah tu.)
Bagi saya antara masalah air yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna air antaranya pencemaran air,bekalan air putus....
Tapi kali ini saya ingin terangkan serba sedikit tentang pencemaran air....ya...pencemaran..menakutkan...membahayakan....
Seperti yang saya pernah sebut..pencemaran ini berpunca daripada kita juga, kerana kita yang buang sampah...dan sebahagian besar sampah sampah yang kita buang perginya kemana?(teka teki!)
ke sungai.....SUNGAI!...SUNGAI!...dan sungai pula adalah sumber air kita......
Menurut kajian, 70% masalah pencemaran air di Malaysia adalah berpunca daripada pembuangan sampah sarap dan kumbahan....
Ini bermula dengan kesedaran sivik dalam diri diri masing...
Dalam situasi yang saya lihat di Malaysia ini, saya rasa kita lebih ke arah berpandukan peribahasa Melayu
"Sudah terhantuk baru terngadah"....
Berdasarkan maklumat yang saya dapat, 29 buah sungai tercemar teruk,11 dalam kategori tercemar sederhana, dan 80 dalam keadaan terkawal...(setakat 2008, sekarang ni macam mana ye?).dan antara negeri negeri yang mengalami masalah pencemaran air paling tinggi adalah Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Kita tidak pernah mengalami kepupusan sumber air, tetapi kita kekurangan sumber air yang selamat untuk digunakan manusia dan ini dapat dilihat dengan masalah pencemaran air yang semakin ketara dari semasa ke semasa....dan agak membimbangkan sehingga kini masih tiada lagi jalan penyelesaian yang benar benar berkesan untuk menangani masalah pencemaran air ini.....
Ada tak muncul rasa risau hatta sebesar zarah dalam diri pembaca pembaca sekalian?
Pernah terjadi dahulu tragedi air paip berbau busuk seperti najis di berberapa daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan....
Hasil siasatan mendapati semuanya berpunca daripada air daripada pusat perlupusan sampah yang mengalirkan air sampah yang mengandungi kandungan ammonia yang cukup tinggi....
Air itu menjadi busuk kerana hasil kombinasi ammonia dan klorin yang digunakan untuk merawat air.....
Walaubagaimanapun, kerajaan memberi jaminan bahawa air tersebut bersih dan tidak tercemar......
Tapi.....kalau dah bau macam haram jadah, bersih ke tak bersih sanggup ke korang minum?
Contoh: korang bayangkan air bawah ni tapis tapis sedikit, bancuh dengan klorin tapis lagi....lepas tu minum....dah keluar paip nampak bersih suci.....tapi cuba korang minum sambil tengok air dalam gambar ini dengan hakikat bahawa air yang diminum itu dengan air yang dalam gambar ini adalah air yang sama...tapi telah ditapis...(lantak la...layan...) Bayangkan..........(terliur dibuatnya....)
pusat penternakan babi yang berhampiran yang melepaskan sisa sisanya..(geli pula aku nak sambung..)
Jadi sebenarnya punca punca pencemaran air ini tidak pernah tetap..(non point)....
Inilah antara punca puncanya....dan ini adalah punca punca yang terbesar...
Sekian, kita bertemu lagi dalam rancangan yang sama pada waktu yang sama di saluran yang sama di tempat yang sama.....Bye!
teruknye sampah dalm pic 2...ape nk jd
ReplyDeletename pun MANUSIA....'x terlepas dari KESALAHAN..kononnyer...
by the way...visit saye gak tau...nilai post saye
http://1air1malaysia.blogspot.com/